SALAM IKHLAS PENUH UKHWAH!



Friday, October 17, 2008

Lembu Punya Susu, Sapi Ddapat Nama....

Salam...

Lama sungguh kawe tak update blog kesayangan kawe...Puncanya adalah kerana gangguan coverage broadband kawe...

Hmmmm...hari nie kawe nak menulis mengenai dunia.. Mengenai pepatah... Lembu punya susu, sapi dapat nama...
Kadangkala, dunia nie kejam sungguh... Orang lain yang bertungkus lumus membuat kerja, tapi orang lain yang dapat penghargaan... Kadang-kadang, kawe mual dengan situasi ini...

Bagi kawe, amat memalukan sekiranya mendapat sanjungan dan peghargaan hasil jerih perih orang lain... Tapi, makhluk spesis nie amat pandai manipulasi keadaan dan selalu mengambil kesempatan dengan berkesan... Apa-apa pun, kawe masih mengharapkan agar situasi seegini tidak akan muncul kembali dalam kehidupan kawe....

Wslm

Lembu Punya Susu, Sapi Ddapat Nama....

Salam...

Lama sungguh kawe tak update blog kesayangan kawe...Puncanya adalah kerana gangguan coverage broadband kawe...

Hmmmm...hari nie kawe nak menulis mengenai dunia.. Mengenai pepatah... Lembu punya susu, sapi dapat nama...
Kadangkala, dunia nie kejam sungguh... Orang lain yang bertungkus lumus membuat kerja, tapi orang lain yang dapat penghargaan... Kadang-kadang, kawe mual dengan situasi ini...

Bagi kawe, amat memalukan sekiranya mendapat sanjungan dan peghargaan hasil jerih perih orang lain... Tapi, makhluk spesis nie amat pandai manipulasi keadaan dan selalu mengambil kesempatan dengan berkesan... Apa-apa pun, kawe masih mengharapkan agar situasi seegini tidak akan muncul kembali dalam kehidupan kawe....

Wslm

Friday, July 11, 2008

Sistem!

hmmm..."sistem"... satu patah perkataan yang memberikan satu maksud yang amat mudah difahami... bagi aku, untuk memudahkan kehidupan, kita harus ada satu sistem... dan sistem itu seharusnya memudahkan dan bukannya menyusahkan...

kadangkala, aku bingung bila memikirkan kenapa manusia suka menyusahkan hidup dengan mencipta satu sistem yang menyusahkan... sepatutnya sistem yang menolong kita untuk memudahkan...apa yang berlaku adalah terbalik...kita pulak yang kena support sistem...

boring hidup dengan sistem yang ada... komputer pun tak mampu memudahkan kerja aku kerana sistem yang menyusahkan.. hehehe... mungkin ramai yang tak faham dengan tulisan aku nie.. tapi takpela, kalo yang faham tu diam2jer laa... hehehe.. apa yang aku maksudkan dengan" sistem" nie... hehehe....

adios...

Monday, July 7, 2008

Kehidupan..

Sejenak, aku terdiam bila memikirkan tentang kehidupan... Bermula dari kecil aku cuba mengimbau kenangan masa zaman kecil dimana aku bebas melakukan apa jua aktiviti tanpa memikirkan perasaan orang lain..

Bila usia remaja, aku mula bersifat agresif dan sentiasa memberontak dan ingin sentiasa bebas.. Sikap ini mula membuatkan aku mengumpul klik aku sendiri dan sentiasa saja ingin menguasai sekeliling... Hehehe, apa jua fesyen, pasti akan dituruti... Namun nasib baik klik aku tidak terjebak dengan najis dadah, alkohol, arak dan perempuan....

Meningkat umur 20an, aku mula berfikir tentang perlunya satu perubahan sebab aku melihat, tanpa ilmu dan kedudukan, kita pasti dipandang hina oleh sekeliling... Mulai saat itu (selepas dapat result SPM - aku dapat result agak teruk), aku mula ingin berubah... Nasib aku baik apabila diterima ke ITM (masa tu belum UiTM)... Sejak dari hari itu, aku nekad utk konsentrate pada belajar... Alhamdulillah... Aku berjaya juga melepasi halangan dalam pembelajaran...

Kini, bila teringat memori lampau, aku mampu tersenyum.... Kerana aku telah berjaya berubah... Dan yang lebih penting lagi, klik aku juga rata2nya menjadi penjawat awam dan tidak kurang juga yang menjadi bisnesman yang berjaya... Alhamdulillah...

Thursday, July 3, 2008

Kepentingan insurans!

Hehehe... ni bukan nak kempen sebenarnya...Tapi satu kenyataan berdasarkan pengalaman aku... Dalam 2 tahun lepas, housemate aku telah kena denggi dan admitted dalam wad selama seminggu...

Mula-mula aku tak percaya berapa bil yang dia kena selesaikan sebelum keluar wad (hospital swasta dan ternama).. Dlm rm 8 ribu dia kena.. Cuma nasib baik opis dia cover, dan selepas seminggu dia discharge, dia cakap kat aku yang dia claim insurans dan dapat dlm rm3 ribu (tak silap aku laaa)... Memang gila kalau fikir2 tentang kos perubatan sekarang...Bayangkanlah kalau kita kerja sendiri dan tiada financial back-up...

Last 2 week, opis mate wife aku pulak admitted sehari di hospital swasta kerana kuku kaki masuk dalam kaki (istilah perubatan = cagu)... Kos medical dia adalah rm1,800.... Phewh! terkejut aku dengar....

Jadik aku pom terfikir, disamping mengisi masa lapang aku time weekend, ada baiknya aku daftar untuk jadik ejen insurans (disamping dapat tolong orang lain).. Jadi lepas buat survey dan research, aku pilih Takaful Ikhlas untuk jadik syarikat naungan (faktor utama ialah ianya menepati syariat ISLAM)...

So, pada sape2 yang berniat untuk beli (dengar dulu lagi bagus) insurans, boleh laa kontek aku di talian 019-2677867 (poklan)... Insyaallah, aku akan cuba beri penjelasan dengan lebih detail ttg insurans dan mengapa ianya adalah satu keperluan pada masa sekarang.

Wednesday, July 2, 2008

KDNV FC

Hmmm...sejak diamanahkan oleh Persatuan Kelab Penyokong Pasukan Bolasepak Siber Kelantan @ Kelate Dot Net untuk mengendali pasukan bolasepak KDNV FC, banyak perkara yang perlu difikirkan... Bermula dengan senarai pemain, jersi dan kelengkapan serta dana yang perlu disediakan.. Harapan aku, agar pasukan ini akan sukses dan berjaya merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli kelab... FORZA KDNV FC!

Saturday, June 28, 2008

Final EURO 2008


hahaha...sape agaknya yang akan memenangi EURO 2008? wpon aku meminati torres dan gaya permainan espana, tapi gerak hati aku mengatakan Germany yang akan memenangi game malam ini...aku sebenarnya adalah penyokong Brazil jadi sape2 menang pon tidak akan menjejaskan emosi aku...hahahaha...

Tips

disini aku ingin berkongsi satu tips berguna (berdasarkan pengalaman aku sendiri) sekiranya kita ingin membeli sesuatu peralatan yang mahal dan teknikal.

1. jangan sesekali membeli barang2 seperti laptop, usb modem, telefon, dvd dan sebagainya dibooth pameran sekiranya peniaga tersebut gagal memberikan lokasi / alamat kedai mereka.
2. jangan terpengaruh dengan offer harga yang murah bagi devices yang anda sedia maklum mahal jika ikut harga pasaran. mesti ada sebab tersembunyi kenapa mereka jual murah.
3. ambil no telefon salesman tersebut. maklumat ini amat berguna sekiranya devices tersebut rosak.
4. lakukan perbandingan harga dahulu sebelum membuat pembelian. lantakla apa salesman tu nak kata sebab ini hak kita sebagai pengguna.
5. beli devices yang benar2 perlu sahaja. tak perlu beli speksifikasi terlalu power sekiranya kita tidak memerlukannya.
6. beli devices yang brand sudah establish.

ini semua amat penting bagi mengelakkan kita tertipu dan mulai hari ini, belajar-belajarlah untuk menghargai wang anda..

Celcom3G

Adus...Penat aku hari nie...dah ler software 3G aku rosak, pergi cari kedai yang jual device kat aku dulu kat Low Yat, kedai pulak takder... aku try call no salesman yang tertera dekat resit dulu, no dia pula ditamatkan perkhidmatan... mau tak mau, aku tanya kedai sebelah, cina kat situ bagitau aku yang kedai tu dah pindah ke KLCC... tapi nasib baik dia juga suruh aku turun ke bawah dan cari salesman tu dekat booth pameran di luar Low Yat, dekat dengan Sushi King...

aku pon turun laa dengan harapan yang tinggi sebab aku yakin devices yang rosak dan ianya masih dalam waranti...aku pusing2 dekat booth tapi hampa sebab individu tu takder...tapi ada satu booth yang jual device tu dekat situ tetapi menggunakan nama syarikat lain... nekad punya pasal, aku hampiri mamat yang tengah duduk belakang tu dan aku tanya tau tak nama company nie... mamat tu mengaku dia pon kerja dengan company tersebut... apa lagi, aku pon terus la cerita masalah aku... nasib baik mamat nie baik hati...dia siap bawak aku pi opis dia....

sekali lagi aku tension bila sampai kat sana, aku kena refer masalah aku kat satu tempat lain dan aku kena ke Plaza Imbi... sebab aku beli devices ni mahal, aku pon menapak laa jugak cari tempat tu... Alhamdulillah, aku jumpa tempat tu dan bila diperiksa, sebenarnya bukan devices yang rosak tapi software yang rosak... masalah aku selesai pada pukul 3.00 petang dan aku masih ada masa untuk melilau sekali lagi di Low Yat untuk melihat teknologi2 terkini komputer..Hehehe...

Tuesday, June 24, 2008

Pendek akal!

Sadis bila melihat sekawan manusia yang bersorak kegembiraan atas kesulitan manusia lain di zaman milenium ini. Sepatutnya airmata mengalir atas keterpaksaan untuk suatu kehidupan manusia lain yang tidak bernasib baik.

Akalku telah menitipkan satu rasa kebencian yang teramat kepada manusia-manusia ini yang hidup atas ehsan manusia lain atau bahasa mudahnya adalah manusia yang hidup atas keperitan manusia lain yang jauh lebih tinggi darjatnya.

Friday, June 20, 2008

Rezeki...


Hari ini, aku tertarik dengan satu kata-kata semasa minum selepas kembali dari solat Jumaat... Lebih kurang begini bunyinya...

"Aku tidak akan mengeluh jika rezekiku diambil oleh orang lain, kerana aku yakin rezekiku telah ditetapkan oleh-NYA... Aku juga tidak akan mengeluh jika amalan baktiku tidak dinilai oleh sesiapa, kerana aku yakin akan penilaian oleh-NYA"

Kata-kata ini amat sesuai direnungi semasa kita berasa kecewa sekiranya apa yang kita idamkan (biasanya di alam pekerjaan), tidak menjadi kenyataan. Semestinya ada rahmat yang tersembunyi. Fikir-fikirkanlah!

Thursday, June 19, 2008

Permasalahan Melayu...

Aku baru berdiskusi dengan rakan sekerja mengenai permasalahan melayu di Malaysia. Bagi aku, masalah kaum melayu amat kritikal kerana perpecahan yang wujud akibat sikap dengki dan khianat sesama sendiri..

Aku cukup tertarik dgn penjelasan kawan aku (Melayu Pulau Pinang) yang mana amat tertekan sejak zaman berzaman lagi.. Aku berpendapat, masalah melayu semua orang tahu namun sikap melayu dan pemimpin melayu sendiri yang tidak bertindak ke arah penyatuan namun lebih kepada sikap suka berpecah..

Sedih memang sedih bila melihat kaum aku masih ketinggalan dari kaum-kaum lain di tanahair sendiri.. Ibarat melukut ditepi gantang... Bagi aku, melayu adalah bangsa yang bijak. Cuma sikap perlu berubah itu harus wujud.. Cukuplah selama ini kita dihina oleh bangsa asing. Buktikan yang kita boleh bersatu dan maju serta akan menutup mulut yang mengatakan melayu itu malas dan tidak akan maju.

Monday, June 16, 2008

Phewh! hari ini aku travel dari Shah Alam ke Bangi dengan menggunakan moto kapcai aku... Sangat memenatkan disamping mengeleng kepala kerana sepanjang hidup aku, tak pernah aku isi minyak moto kapcai RM 9 baru penuh satu tank.

Dan tidak lupa juga, 1st time dalam hidup aku, aku menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak moto kerana dalam poket aku hanya tinggal RM 40 untuk survive sehingga gaji masuk. Dalam hati, ada juga aku menyumpah seranah kepada makhluk-makhluk yang mengambil kesempatan atas perkara ini.

Ditempat aku berkursus juga, ramai orang yang mengeluh kerana kenaikan harga minyak. Pengusaha tong NGV juga seolah-olah berpesta dengan permintaan tong NGV sehinggakan kos pemasangannya meningkat dan memaksa aku berfikir lima enam kali untuk memasangnya di kereta wira ku.

Sepanjang perjalanan, aku juga menyumpah seranah kepada pihak konsesi lebuhraya kerana kualiti jalan amat menyakitkan hati. Berjuta-juta ringgit dikutip tetapi jalan yang diselenggara ibarat permukaan planet Marikh.. Dalam hati aku, aku masih mengharapkan agar pihak kerajaan tamatkan saja konsesi berkenaan kerana jelas pihak berkenaan hanya makan duit buta-buta sahaja...Penyelengaraan hanyalah sekadar melepaskan berak ditangga.

Sunday, June 15, 2008

Saranan buat peniaga sayur Melayu di Pasar Borong Selayang..

Sakit hati aku bila terbaca tentang peel pendatang Myanmar yang berlagak samseng terhadap rakyat Malaysia yang secara tidak sengaja telah terlanggar bakul sayur (yang telah di recycle) dalam Harian Metro berberapa hari lepas..

Telah lama rasanya masalah pendatang ini membelenggu negara Malaysia. Malah mereka juga telah berani berlagak samseng dan tidak pernah patuh pada undang-undang Malaysia. Berbalik kepada perkara diatas, aku mencadangkan agar peniaga-peniaga Melayu yang sah tidak membuang sayur-sayur yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah yang berdekatan. Sebaliknya ambil inisiatif membuang barang yang tidak habis dijual dan telah lupus jauh dari Pasar Borong Selayang. Ini adalah kerana pendatang Myanmar ini akan meyelongkar tong-tong sampah yang berdekatan dan akan menjual semula sayur-sayur berkenaan di kaki lima pasar tersebut.

Tindakan ini adalah wajar diambil bagi mengelakkan pengguna ditipu dan secara halusnya juga ia akan menyebabkan warga pendatang ini akan keputusan bekalan. Percayalah, walaupun kecil tindakan yang kita ambil namun sedikit sebanyak ianya akan memberikan kesan dan sekaligus ianya akan mengajar warga pendatang ini yang tidak pernah bersyukur terhadap layanan baik yang kita berikan.

Saturday, June 7, 2008

Tikus Oh Tikus !

Kisah ini aku cedok dari blog adik aku (senyumsokmohepi) untuk tatapan semua...Sebuah kisah yang boleh diambil iktibar kerana ianya realiti kepada sebuah kehidupan masa kini....

Tikus Oh Tikus !

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja di pasar. Ketika mereka membuka barang yang dibeli, seekor tikus memerhatikan dari jauh dengan teliti... "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar?"

Ternyata, salah satu yang dibeli oleh petani ini adalah perangkap tikus. Sang tikus terkejut bukan kepalang. Ia segera berlari menuju kandang dan berteriak " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia mendatangi ayam dan berteriak " ada perangkap tikus"

Sang Ayam berkata " Tuan Tikus, Aku turut bersedih, tapi itu tidak berpengaruh terhadap diriku"

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak.

Sang Kambing pun berkata " Aku turut bersimpati...tapi tidak ada apa yang boleh aku lakukan"

Tikus lalu menemui Sang Lembu. Ia mendapat jawapan yang sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Kumpulkanlah tikus-2 yang berpengalaman dan buatkan root cause analysis serta fikirkan way forward !”

Ia lalu lari ke hutan dan bertemu Ular. Sang ular berkata " Ahhh...Perangkap Tikus yang kecil tidak akan mencelakai aku"

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah mengetahui kalau ia akan menghadapi bahaya sendirian.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara keras perangkap tikusnya berbunyi menandakan telah mengambil mangsa. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang istri pemilik rumah. Walaupun sang Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, sang isteri terkena juga gigitan ular .

Sang suami harus membawa isterinya ke hospital namun sang isteri tetap mengalami demam.

Ia lalu minta dibuatkan sup ayam oleh suaminya. Suaminya dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuatkan sup.

Tetapi sakitnya tidak juga pulih. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Tetap saja isterinya tidak pulih juga dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak sekali orang datang pada saat pengkebumian . sehingga sang Petani harus menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang melawat.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.........


SO...JIKA SUATU HARI..KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG SEDANG DALAM KEADAAN SUSAH DAN MENGANGGAP ITU BUKAN URUSAN ANDA...FIKIRKANLAH SEKALI LAGI..

Friday, June 6, 2008

Resipi maut ‘ubat papan’


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menakutkan apabila pelbagai jenis ‘ubat papan’ dijual di pasaran tidak hanya dicampur steroid berlebihan, malah mengandungi kandungan cat jalan raya berplumbum, kimia pengilat lantai serta logam berat rencah sebagai resipi utamanya.

Ini berdasarkan ujian dilakukan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang mendapati ‘ubat papan’ terbabit langsung tidak mempunyai kandungan herba, akar kayu, pati ikan haruan serta ikan linang atau khasiat seperti dinyatakan pada bungkusan produk.

Kebanyakan ‘ubat papan’ terbabit yang kebanyakannya dijual di kedai runcit diedarkan secara haram oleh pengedar hantu yang sehingga kini gagal diberkas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berikutan kecekapan mereka menyembunyikan diri.

Berdasarkan tinjauan terbaru Bahagian Penguat Kuasa Farmasi terdapat lebih 25 jenis ‘ubat papan’ dijual berleluasa di pasaran dengan jenama terkenal ‘Kapsul Akar Kayu’, ‘Kapsul Ajaib’, ‘Cikungunya’, ‘Asam Urat’, ‘Herba Ikan Haruan Asli’, ‘Maajun Kuat’ dan ‘Pil Tupai Jantan Asli’.




Sumber Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan berkata, lambakan pelbagai jenis ‘ubat papan’ terbabit semakin serius berikutan mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk luar bandar selain pekerja asing yang kurang faham kandungannya.


Katanya, ini disebabkan ‘ubat papan’ bukan saja murah hingga ada RM1 sepeket, tetapi juga diseludup dari Indonesia.

Menurutnya, siasatan mendapati pengedar ‘ubat papan’ itu meletakkan alamat palsu pada bungkusan produk.

“Mereka yang sebelum ini meletakkan alamat palsu kilang di Kedah atau Perak kini mempamerkan alamat baru di Kota Kinabalu atau Ranau, Sabah. Ada antaranya menggunakan nombor pendaftaran palsu pada label produk.

“Agak sukar membongkar kegiatan sebenar sindiket ubat haram ini yang bergerak seperti gerila. Mereka biasanya meletakkan ubat haram terbabit di kedai atau restoran tanpa memberi resit atau nombor telefon syarikat untuk dihubungi,” katanya.

Sumber itu juga mendedahkan kandungan ‘ubat papan’ berkenaan lebih tertumpu kepada steroid yang boleh mempercepatkan pereputan tulang penggunanya.

Ia juga mengandungi ubat penahan sakit untuk memberi kesan kelegaan dalam tempoh sementara.

“Pemeriksaan makmal mendapati ubat maut itu turut dicampur bahan tidak munasabah seperti nikel, arsenik, serbuk batu-bata dan asid borik,” katanya.

Menurutnya, penemuan pelbagai bahan beracun itu mendedahkan pengguna terhadap penyakit berbahaya selain risiko mati mengejut.

“Pengeluar ubat papan itu mendakwa ia berupaya meningkatkan nafsu seks, menguatkan pinggang dan lutut, memulihkan kebas kaki dan tangan serta menghilangkan lesu badan.

“Bagaimanapun, ia hanya kesan sementara berikutan kandungan steroid sebelum pengguna ketagih untuk memakannya berulang kali,” kata sumber itu lagi.

Katanya, pengambilan steroid berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti muka bengkak, berat badan naik mendadak, tekanan darah meningkat, tumbesaran terbantut, tulang rapuh (osteoporosis) selain komplikasi pada mata seperti katarak dan glaukoma.

Bagi pengguna yang mempunyai penyakit lain, kesannya boleh membawa maut apabila bahan aktif dalam ubat palsu itu saling bertindak dengan ubat sebenar yang diambil.

“Pesakit juga mungkin mengalami pelbagai kesan sampingan seperti alahan, pendarahan dalam badan atau reaksi lain,” katanya.

Sumber itu berkata, pengguna yang ingin mengambil ubat sepatutnya memastikan produk mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL.

Ubat bukan racun ditanda huruf ‘X’ di hujung nombor pendaftaran manakala ubat tradisional ‘T’, ubat terkawal ‘A’ dan kosmetik ‘K’.

Selain itu, semua produk mesti mempunyai label ‘Hologram Meditag’ yang disahkan Kementerian Kesihatan kecuali produk kosmetik dan produk penjagaan luaran iaitu antijerawat, antikelemumur, penjagaan mulut, perlindungan kulit dan antibakteria.

“Sikap pengguna yang terlalu taksub dengan ubat perangsang seks menyebabkan pelbagai jenama ubat haram sebegini terus muncul di pasaran,” katanya.

Peniaga yang menjual ubat mengandungi bahan dilarang boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau satu tahun penjara bagi individu.

Mengikut Akta Jualan Dadah 2000, individu boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 manakala pekilang denda maksimum RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama dan RM100,000 serta lima tahun penjara bagi kesalahan kedua.

Tiket bas naik RM5 hingga RM10


KUALA LUMPUR – Belum sempat tiga hari selepas pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, kebanyakan syarikat bas ekspres sudah ‘pandai-pandai’ menaikkan harga tiket dari RM5 hingga RM10.

Tinjauan Kosmo! di Puduraya di sini dan Terminal Shahab Perdana di Alor Star, Kedah semalam mendapati ada pengusaha bas ekspres mengambil kesempatan memenaikkan harga tiket atas alasan kenaikan harga bahan api itu.

Malah tindakan mereka itu dianggap sudah mendahului keputusan persatuan dan tanpa restu agensi kerajaan terlibat.

Jualan harga tiket yang melebihi antara RM5 dan RM10 itu dikesan untuk ke destinasi tumpuan iaitu dari negeri utara ke Lembah Klang terutama Kuala Lumpur cukup merungsingkan pengguna.

Seperti contoh, harga tiket bas ekspres dari kedua-dua hala itu biasanya dijual RM30 dinaikkan sehingga RM40 tetapi ada sesetengah pengusaha yang menaikkan sebanyak RM35.

Seperti contoh, bagi destinasi dari Alor Star ke Kajang, Selangor yang dahulunya RM35 dinaikkan kepada RM40 yang mula dikuatkuasakan serta-merta semalam.

Bagaimanapun tiket bas ekspres yang tidak terlalu menjadi tumpuan pengguna seperti ke Johor Bahru tidak pula dinaikkan dan kekal pada harga lama iaitu RM55.

Seorang pegawai pemasaran, Anita Adlin, 28, memberitahu, dia terkejut apabila mengetahui harga tiket dari Alor Star ke Kuala Lumpur naik sampai RM10.

“Biasa RM30 saja, bila jurujual kata naik RM10, saya teragak-agak nak bayar, susah la macam ni kalau semua benda naik harga lepas harga minyak naik,” jelasnya.

Bagi seorang lagi pembeli, Rozlan Razlan, 30, harga tiket bas yang naik itu cukup membebankan memandangkan dia selalu berulang-alik dari Kedah ke ibu kota.

“Isteri saya tinggal di Kuala Lumpur, saya kerja di sini, kalau tiap-tiap minggu berulang-alik dengan harga tiket bas RM40 susahlah saya, harga barang naik, gaji tak naik,” ujarnya bekerja swasta.

Seorang jurujual tiket di terminal itu, Rizal Salleh, 25, mengaku, tambang bas ekspres naik sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Kalau tambang tak naik, kami akan rugi, setakat ini kami hanya naikkan tiket bagi laluan yang menjadi tumpuan seperti Kuala Lumpur sahaja,” jelasnya.

Bagi seorang lagi penjual tiket bas ekspres, Rahim Amar, 27, walaupun ramai pembeli merungut tetapi mereka tiada pilihan.

“Bas guna minyak, kalau harga minyak naik, tiket perlu naik untuk elak kerugian,” katanya.

Selain harga tiket bas ekspres, beberapa barangan lain juga mendapat tempias yang sama.

Di PAHANG, harga ayam sudah mula naik antara 20 hingga 40 sen.

Ayam standard dengan kepala, kaki dan hempedal, dijual RM6.20 hingga RM6.40 sekilogram melebihi RM6 bagi harga siling sebelum ini.

Di SEREMBAN, majoriti peniaga hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk menaikkan harga barang.

Rata-rata mereka beranggapan sekiranya menaikkan harga, mereka terpaksa mengikut rentak yang sama.

Di JOHOR BAHRU, harga barang basah di beberapa pasar di daerah ini dijangka naik mulai minggu depan.

Ia berdasarkan tinjauan Kosmo! semalam yang mendapati para peniaga mengeluh berikutan segelintir pembekal telah menguar-uarkan akan menaikkan harga barangan jualan mereka.

Peniaga daging di Pasar Larkin, Yousof Jantan, 54, berkata, harga daging terutamanya daging sejuk beku dijangka akan naik mulai minggu depan.

Kerabu Nipah Antioksidan




Rasanya enak dan ia mudah disediakan sama ada untuk dihidangkan kepada tetamu, keluarga mahu pun pada majlis kenduri kendara.


PENDUDUK Pulau Pantai Suri, yang terletak kira-kira 30 minit dengan menaiki bot dari Pengkalan Kok Majid, percaya memakan kerabu nipah yang merupakan makanan tradisional dari Tumpat, Kelantan ini mampu melambatkan proses penuaan.

Jika sebelum ini, Kelantan terkenal dengan nasi kerabu, namun kemunculan kerabu nipah yang tidak asing dalam kalangan penduduk Pulau Suri mempunyai tarikan yang tersendiri.

Diperbuat daripada ramuan utama buah nipah muda yang mudah didapati di pesisiran pantai, ia memang senang disediakan untuk makanan seisi keluarga, tetamu dan pengunjung.

Kerabu nipah dipercayai mengandungi antioksidan yang dapat melambatkan proses penuaan.

"Makan kerabu nipah boleh awet muda. Sebab itu, saya tidak nampak seperti usia sebenar," seloroh salah seorang penduduk Kampung Pantai Suri, Roselidar Mohd Zali, 28, yang mempunyai wajah keanak-anakan.

Resipi kerabu nipah yang sudah wujud lebih dua dekad ini sangat sedap dimakan beramai-ramai.

Kerabu nipah selalunya dihidangkan pada majlis kenduri kahwin di Kelantan. Penyediaan yang ringkas dan kelazatannya membuatkan ia menjadi makanan mesti di Pantai Suri.

"Paling lama penyediaannya mengambil masa 15 minit sahaja. Kerabu nipah dicampur dengan air lada hitam untuk menjadikannya lebih menyelerakan," kata Zainab Mamat, 48.

Menurutnya, buah nipah akan dilenyek sehingga hancur untuk digaul bersama ulam dan bahan-bahan yang sudah diricih seperti ikan air tawar, kerisik, air asam limau serta santan.

"Sebelum kerabu nipah siap digaul bersama bahan-bahan lain, rasanya akan sedikit kelat kerana tidak cukup perasa," katanya.

"Apabila ada kenduri kahwin, tempahan awal nipah akan dibuat kepada pembekal," kata pula Faridah Yusof, 42.

Penyediaan kerabu nipah pada kenduri kahwin akan dibuat dalam kuantiti yang banyak atau berganda mengikut jumlah jemputan.

"Selalunya warga emas akan menyediakannya. Kami akan buat beramai-ramai," katanya.

Kerabu nipah mampu menyaingi kelazatan makanan tradisional lain yang terdapat di Kelantan seperti tahi itik, buah tanjong, akok, jala mas dan lompat tikam.

"Di sini, tidak sah kalau makan siang atau malam tanpa kerabu nipah. Ia seolah-olah perkara wajib yang mesti ada pada setiap pembuka selera," kata Rosmira Mohd Zali, 23.

Keunikan kerabu nipah ini mampu menarik lebih ramai pelancong.

"Kerabu nipah jarang terdapat di homestay-homestay lain. Selalunya penduduk yang tinggal di pulau-pulau saja yang akan membuatnya.

"Ini kerana pokok nipah yang tumbuh meliar di pesisiran pantai digunakan sepenuhnya oleh penduduk kampung untuk membuat sesuatu yang baru," kata seorang penduduk, Mohd Zali Deris, 50.

Sementara itu, Ketua Kampung Pantai Suri, Osman Ibrahim berkata, Pantai Suri merupakan sebuah perkampungan yang masih berpegang teguh kepada agama, adat dan seni budaya asli.

Sementara itu, pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakan oleh pelancong yang datang di homestay Kampung Pantai Suri ini ialah suasana kampung dan keramahan penduduknya.

"Ketenangan dapat dirasai di sini," luah Nazlia Iqbal, 23, dari Kuala Lumpur.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menguar-uarkan pengisian program pelancongan di negeri itu sepanjang tahun, bersempena dengan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008.

Antaranya ialah pameran 100 jenis produk berasaskan kelapa dan persembahan tradisional kebudayaan Kelantan di Pantai Cahaya Bulan baru-baru ini.

Bulan Citrawarna Aneka Warna, Pesta Joran, Pesta Wau dan banyak lagi aktiviti akan dijalankan seperti yang tercatat dalam kalendar acara negeri Kelantan.

Maklumat lanjut mengenai program Tahun Melawat Kelantan, bolehlah layari www.tic.kelantan.gov.my atau talian 09-748 5534/748 3543. - Bernama

Bertumbuk pasal petrol naik


KUANTAN - Gara-gara sindir menyindir semasa berbual mengenai isu kenaikan harga minyak, seorang lelaki Orang Asli disimbah minuman panas dan ditumbuk mukanya oleh rakannya di Bukit Ibam, Rompin petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Supritendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berumur 37 tahun sedang minum dengan beberapa rakannya.

Katanya, mangsa kemudian didatangi suspek berumur 43 tahun bersama isteri dan memesan minuman panas untuk minum bersama sebelum memulakan perbualan mengenai kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan.

Semasa berbual, katanya, suspek berpendapat kemungkinan harga makanan akan turut naik selepas kenaikan harga minyak dan kemudian menyindir mangsa dengan berkata, "Orang Asli makan ubi kayu pun tak mengapa."

Menurutnya, mangsa yang tersinggung kemudiannya membalas sindiran itu dengan berkata, "Orang itu (suspek) pun peluk orang yang makan ubi kayu (isteri suspek adalah Orang Asli) juga tiap malam."

"Marah dengan sindiran mangsa, suspek kemudian bertindak menyimbah minuman panas dan menumbuk muka mangsa sehingga cedera di bibir," katanya ketika dihubungi semalam.

Saturday, May 31, 2008

Aksi ketika Piala Pan-Malaysia 2007






















Ini adalah antara snapshot yang dibuat oleh isteriku... Gambar ketika separuh masa pertama semasa menentang team dari selatan (Johor). Perlawanan agak sengit dimana akhirnya keputusan berpihak kepada team aku... Bravo kerana berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-2. Hehehe....

Piala Pan - Malaysia 2007


Gambar ini dirakamkan ketika mewakili KL ke Kejohanan Hoki Piala Pan-Malaysia 2007 di Seremban. Pasukan Hoki KL telah mengekalkan kejuaraan buat kali ke-2 berturut-turut. Gambar menunjukkan aku sedang membuat set-piece ketika satu serangan balas ke kubu pasukan Johor.

Friday, May 30, 2008

Sessi Bergambar Di Rumah Mok Nah...


Berikut adalah gambar kenangan di rumah Mak Saudara (Mok Nah) di Kg. Sat, Tanah Merah, Kelantan semasa Hari Raya Aidilfitri. Gambar teratas menunjukkan Abe (baju belang) sedang berposing disisi Fatim dan juga Shiela.






Gambar ditengah menunjukkan sessi berkecek berlangsung sambil menjamah ketupat dan rendang. Kelihatan Rizal (adik ipar) sedang menterjemah bahasa kelate semasa sessi berkecek ini berlangsung.







Gambar ke-3 menunjukkan abe dan adik (kembar) diapit oleh Poksu Mie dan Pok Li (My Daddy)... Melihatkan kepada dua kembar ini, amat sukar untuk mengetahui yang mana satu abang dan mana satu si adik.... Hehehehe...










Merpati Dua Sejoli


Hahaha....Ini adalah gambar adik ku yang kini sedang menjadi guru di Kemaman bersama dengan husband beliau (Rizal) ... Lebih dikenali sebagai Mok Nik dikalangan anak-anak saudara dan merupakan seorang perancang kewangan yang baik... Hobi suka melancong dan juga berniaga.... Merupakan "money lender" yang baik kerana mengamalkan konsep Al-Bait'Bithaman Ajil bila meminjamkan wang kepada adik beradik...

p/s: Mok Nik, pinjam 100k untuk buat beli Apartment.... Hehehe....

Cucu Sulong Tok Ma & Tok Ayoh...


Hai ! Nama saya Nur Dalila Wahida... Anak saudara kepada Ayah Ngoh... Hehehe... Umur saya 5 tahun... Anak kepada Abi dan Umi.... Saya suka balik kelate sebab saya ada Tok Ma, Tok Ayoh, Tok Mek, Pakdo, Pokteh dan Su Ya di sana...

Thursday, May 29, 2008

Nur Khadija Qaisara

Tanggal 20.12.2007, lahirnya seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupanku. Lahir sebagai bayi pra-matang kerana disebabkan tekanan darah tinggi yang dihidapi oleh Mama nya.

Dinamakan sebagai Nur Khadija Qaisara yang bermaksud "Cahaya Permaisuri Khadijah" bagi mengingati isteri Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W iaitu Siti Khadijah. Mula menunjukkan reaksi dengan alam sekeliling seawal usia beliau 7 hari dan merupakan seorang bayi yang aktif dan baik.

Pengalaman semasa menyambut kelahiran beliau merupakan antara detik yang mendebarkan kerana Mama beliau telah dipantau oleh pakar di HTAR (semasa Hari Raya Aidiladha) dan kemungkinan-kemungkinan yang dijelaskan oleh doktor tersebut amat mendebarkan perasaanku.

Alhamdulillah, tepat jam 8.32 mlm, anakku ini telah selamat dilahirkan oleh Mama beliau melalui kaedah Caesarian dan Mama beliau juga telah selamat dan dikeluarkan dari bilik bedah pada pukul 11.45 mlm. Ternyata, pengalaman ini telah mengajar aku betapa mengapa sukarnya seseorang ibu atau bapa untuk memukul anak-anak mereka walaupun anak mereka bersikap kurang ajar terhadap ibu bapanya. Semoga Nur Khadija Qaisara akan mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah S.W.T - Amin

Wednesday, May 28, 2008

Bersama Adik -Adik



Gambar bersama adik beradik semasa di Hari Raya Aidilfitri pada 24.10.2006. Dari kanan: Mohammad Ridhuan (Iwan), Maizatul Mastura (McYa) dan Nurul Hafizah (Cikjah).

Outdoor Activities

Gambar ini telah diambil pada 11.06.2007 di Dusun Eco Resort semasa mengikuti program Team Building yang telah dianjurkan oleh pihak majikan. Selama berberapa hari berada didalam hutan dan mengikuti pertandingan jungle trackking, pasukan "Alive" telah mendapat tempat ke-2 dan hampir-hampir dapat memintas pasukan yang ditempat pertama secara keseluruhan.

Pertarungan yang sengit antara enam pasukan telah memaksa Grup Alive yang kebanyakannya dibarisi oleh tenaga muda, bertarung sengit semasa aktiviti jungle traccking ini. Alhamdulillah, pengalaman menganggotai pasukan Askar Wataniah banyak membantu semasa mengatur strategi permainan dan pasukan Alive telah menjadi pemenang dengan meninggalkan pasukan lain hampir 1 jam setengah dibelakang. Forza.....AaaaaaaaLive!


Hari Yang Teristimewa!

26.10.2006 - Tarikh yang paling bermakna kerana pada hari tersebut, Noorzira binti Jusoh telah sah menjadi isteriku. Perkenalan selama hampir setengah tahun telah membuatkan kami saling jatuh cinta dan berjanji untuk sehidup semati.

Isteriku yang merupakan anak bongsu merupakan satu tanggungjawab dan anugerah yang tidak ternilai buatku oleh Allah S.W.T. Amat menyenangi hatiku dan sentiasa disisiku semasa susah dan senang. Hasratku hanya satu iaitu ingin membahagiakannya dan anakku yang tersayang - Nur Khadija Qaisara yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T pada 20.12.2007 iaitu tepat pada Hari Raya Aidiladha.

Kenangan Di Langkawi

Gambar ini diambil semasa kami berbulan madu di pekan Langkawi, Kedah. Banyak kenangan manis semasa di Langkawi.

Tidak terkecuali juga, pengalaman kami menyewa kereta kancil yang selalu membuat ragam semasa berada di Langkawi.

Walaubagaimanapun, peristiwa terpaksa keluar dari bilik resort adalah antara yang paling memberikan kesan. Semuanya adalah kerana tidak teringat bahawa bilik resort perlu dibooking dahulu kerana terlalu ramai pengunjung ke Langkawi pada masa tersebut.