SALAM IKHLAS PENUH UKHWAH!



Thursday, May 29, 2008

Nur Khadija Qaisara

Tanggal 20.12.2007, lahirnya seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupanku. Lahir sebagai bayi pra-matang kerana disebabkan tekanan darah tinggi yang dihidapi oleh Mama nya.

Dinamakan sebagai Nur Khadija Qaisara yang bermaksud "Cahaya Permaisuri Khadijah" bagi mengingati isteri Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W iaitu Siti Khadijah. Mula menunjukkan reaksi dengan alam sekeliling seawal usia beliau 7 hari dan merupakan seorang bayi yang aktif dan baik.

Pengalaman semasa menyambut kelahiran beliau merupakan antara detik yang mendebarkan kerana Mama beliau telah dipantau oleh pakar di HTAR (semasa Hari Raya Aidiladha) dan kemungkinan-kemungkinan yang dijelaskan oleh doktor tersebut amat mendebarkan perasaanku.

Alhamdulillah, tepat jam 8.32 mlm, anakku ini telah selamat dilahirkan oleh Mama beliau melalui kaedah Caesarian dan Mama beliau juga telah selamat dan dikeluarkan dari bilik bedah pada pukul 11.45 mlm. Ternyata, pengalaman ini telah mengajar aku betapa mengapa sukarnya seseorang ibu atau bapa untuk memukul anak-anak mereka walaupun anak mereka bersikap kurang ajar terhadap ibu bapanya. Semoga Nur Khadija Qaisara akan mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah S.W.T - Amin