SALAM IKHLAS PENUH UKHWAH!



Monday, July 7, 2008

Kehidupan..

Sejenak, aku terdiam bila memikirkan tentang kehidupan... Bermula dari kecil aku cuba mengimbau kenangan masa zaman kecil dimana aku bebas melakukan apa jua aktiviti tanpa memikirkan perasaan orang lain..

Bila usia remaja, aku mula bersifat agresif dan sentiasa memberontak dan ingin sentiasa bebas.. Sikap ini mula membuatkan aku mengumpul klik aku sendiri dan sentiasa saja ingin menguasai sekeliling... Hehehe, apa jua fesyen, pasti akan dituruti... Namun nasib baik klik aku tidak terjebak dengan najis dadah, alkohol, arak dan perempuan....

Meningkat umur 20an, aku mula berfikir tentang perlunya satu perubahan sebab aku melihat, tanpa ilmu dan kedudukan, kita pasti dipandang hina oleh sekeliling... Mulai saat itu (selepas dapat result SPM - aku dapat result agak teruk), aku mula ingin berubah... Nasib aku baik apabila diterima ke ITM (masa tu belum UiTM)... Sejak dari hari itu, aku nekad utk konsentrate pada belajar... Alhamdulillah... Aku berjaya juga melepasi halangan dalam pembelajaran...

Kini, bila teringat memori lampau, aku mampu tersenyum.... Kerana aku telah berjaya berubah... Dan yang lebih penting lagi, klik aku juga rata2nya menjadi penjawat awam dan tidak kurang juga yang menjadi bisnesman yang berjaya... Alhamdulillah...

1 comment:

Unknown said...

pok lan, set2 faris dulu kirim sale. buleh la jengok2 portal set2 nie di http://www.farisian.net/. apo2 hal buleh la contact webmaster saudara CC di 012 - 3851635