SALAM IKHLAS PENUH UKHWAH!



Monday, June 16, 2008

Phewh! hari ini aku travel dari Shah Alam ke Bangi dengan menggunakan moto kapcai aku... Sangat memenatkan disamping mengeleng kepala kerana sepanjang hidup aku, tak pernah aku isi minyak moto kapcai RM 9 baru penuh satu tank.

Dan tidak lupa juga, 1st time dalam hidup aku, aku menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak moto kerana dalam poket aku hanya tinggal RM 40 untuk survive sehingga gaji masuk. Dalam hati, ada juga aku menyumpah seranah kepada makhluk-makhluk yang mengambil kesempatan atas perkara ini.

Ditempat aku berkursus juga, ramai orang yang mengeluh kerana kenaikan harga minyak. Pengusaha tong NGV juga seolah-olah berpesta dengan permintaan tong NGV sehinggakan kos pemasangannya meningkat dan memaksa aku berfikir lima enam kali untuk memasangnya di kereta wira ku.

Sepanjang perjalanan, aku juga menyumpah seranah kepada pihak konsesi lebuhraya kerana kualiti jalan amat menyakitkan hati. Berjuta-juta ringgit dikutip tetapi jalan yang diselenggara ibarat permukaan planet Marikh.. Dalam hati aku, aku masih mengharapkan agar pihak kerajaan tamatkan saja konsesi berkenaan kerana jelas pihak berkenaan hanya makan duit buta-buta sahaja...Penyelengaraan hanyalah sekadar melepaskan berak ditangga.