SALAM IKHLAS PENUH UKHWAH!



Saturday, June 28, 2008

Final EURO 2008


hahaha...sape agaknya yang akan memenangi EURO 2008? wpon aku meminati torres dan gaya permainan espana, tapi gerak hati aku mengatakan Germany yang akan memenangi game malam ini...aku sebenarnya adalah penyokong Brazil jadi sape2 menang pon tidak akan menjejaskan emosi aku...hahahaha...

Tips

disini aku ingin berkongsi satu tips berguna (berdasarkan pengalaman aku sendiri) sekiranya kita ingin membeli sesuatu peralatan yang mahal dan teknikal.

1. jangan sesekali membeli barang2 seperti laptop, usb modem, telefon, dvd dan sebagainya dibooth pameran sekiranya peniaga tersebut gagal memberikan lokasi / alamat kedai mereka.
2. jangan terpengaruh dengan offer harga yang murah bagi devices yang anda sedia maklum mahal jika ikut harga pasaran. mesti ada sebab tersembunyi kenapa mereka jual murah.
3. ambil no telefon salesman tersebut. maklumat ini amat berguna sekiranya devices tersebut rosak.
4. lakukan perbandingan harga dahulu sebelum membuat pembelian. lantakla apa salesman tu nak kata sebab ini hak kita sebagai pengguna.
5. beli devices yang benar2 perlu sahaja. tak perlu beli speksifikasi terlalu power sekiranya kita tidak memerlukannya.
6. beli devices yang brand sudah establish.

ini semua amat penting bagi mengelakkan kita tertipu dan mulai hari ini, belajar-belajarlah untuk menghargai wang anda..

Celcom3G

Adus...Penat aku hari nie...dah ler software 3G aku rosak, pergi cari kedai yang jual device kat aku dulu kat Low Yat, kedai pulak takder... aku try call no salesman yang tertera dekat resit dulu, no dia pula ditamatkan perkhidmatan... mau tak mau, aku tanya kedai sebelah, cina kat situ bagitau aku yang kedai tu dah pindah ke KLCC... tapi nasib baik dia juga suruh aku turun ke bawah dan cari salesman tu dekat booth pameran di luar Low Yat, dekat dengan Sushi King...

aku pon turun laa dengan harapan yang tinggi sebab aku yakin devices yang rosak dan ianya masih dalam waranti...aku pusing2 dekat booth tapi hampa sebab individu tu takder...tapi ada satu booth yang jual device tu dekat situ tetapi menggunakan nama syarikat lain... nekad punya pasal, aku hampiri mamat yang tengah duduk belakang tu dan aku tanya tau tak nama company nie... mamat tu mengaku dia pon kerja dengan company tersebut... apa lagi, aku pon terus la cerita masalah aku... nasib baik mamat nie baik hati...dia siap bawak aku pi opis dia....

sekali lagi aku tension bila sampai kat sana, aku kena refer masalah aku kat satu tempat lain dan aku kena ke Plaza Imbi... sebab aku beli devices ni mahal, aku pon menapak laa jugak cari tempat tu... Alhamdulillah, aku jumpa tempat tu dan bila diperiksa, sebenarnya bukan devices yang rosak tapi software yang rosak... masalah aku selesai pada pukul 3.00 petang dan aku masih ada masa untuk melilau sekali lagi di Low Yat untuk melihat teknologi2 terkini komputer..Hehehe...

Tuesday, June 24, 2008

Pendek akal!

Sadis bila melihat sekawan manusia yang bersorak kegembiraan atas kesulitan manusia lain di zaman milenium ini. Sepatutnya airmata mengalir atas keterpaksaan untuk suatu kehidupan manusia lain yang tidak bernasib baik.

Akalku telah menitipkan satu rasa kebencian yang teramat kepada manusia-manusia ini yang hidup atas ehsan manusia lain atau bahasa mudahnya adalah manusia yang hidup atas keperitan manusia lain yang jauh lebih tinggi darjatnya.

Friday, June 20, 2008

Rezeki...


Hari ini, aku tertarik dengan satu kata-kata semasa minum selepas kembali dari solat Jumaat... Lebih kurang begini bunyinya...

"Aku tidak akan mengeluh jika rezekiku diambil oleh orang lain, kerana aku yakin rezekiku telah ditetapkan oleh-NYA... Aku juga tidak akan mengeluh jika amalan baktiku tidak dinilai oleh sesiapa, kerana aku yakin akan penilaian oleh-NYA"

Kata-kata ini amat sesuai direnungi semasa kita berasa kecewa sekiranya apa yang kita idamkan (biasanya di alam pekerjaan), tidak menjadi kenyataan. Semestinya ada rahmat yang tersembunyi. Fikir-fikirkanlah!

Thursday, June 19, 2008

Permasalahan Melayu...

Aku baru berdiskusi dengan rakan sekerja mengenai permasalahan melayu di Malaysia. Bagi aku, masalah kaum melayu amat kritikal kerana perpecahan yang wujud akibat sikap dengki dan khianat sesama sendiri..

Aku cukup tertarik dgn penjelasan kawan aku (Melayu Pulau Pinang) yang mana amat tertekan sejak zaman berzaman lagi.. Aku berpendapat, masalah melayu semua orang tahu namun sikap melayu dan pemimpin melayu sendiri yang tidak bertindak ke arah penyatuan namun lebih kepada sikap suka berpecah..

Sedih memang sedih bila melihat kaum aku masih ketinggalan dari kaum-kaum lain di tanahair sendiri.. Ibarat melukut ditepi gantang... Bagi aku, melayu adalah bangsa yang bijak. Cuma sikap perlu berubah itu harus wujud.. Cukuplah selama ini kita dihina oleh bangsa asing. Buktikan yang kita boleh bersatu dan maju serta akan menutup mulut yang mengatakan melayu itu malas dan tidak akan maju.

Monday, June 16, 2008

Phewh! hari ini aku travel dari Shah Alam ke Bangi dengan menggunakan moto kapcai aku... Sangat memenatkan disamping mengeleng kepala kerana sepanjang hidup aku, tak pernah aku isi minyak moto kapcai RM 9 baru penuh satu tank.

Dan tidak lupa juga, 1st time dalam hidup aku, aku menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak moto kerana dalam poket aku hanya tinggal RM 40 untuk survive sehingga gaji masuk. Dalam hati, ada juga aku menyumpah seranah kepada makhluk-makhluk yang mengambil kesempatan atas perkara ini.

Ditempat aku berkursus juga, ramai orang yang mengeluh kerana kenaikan harga minyak. Pengusaha tong NGV juga seolah-olah berpesta dengan permintaan tong NGV sehinggakan kos pemasangannya meningkat dan memaksa aku berfikir lima enam kali untuk memasangnya di kereta wira ku.

Sepanjang perjalanan, aku juga menyumpah seranah kepada pihak konsesi lebuhraya kerana kualiti jalan amat menyakitkan hati. Berjuta-juta ringgit dikutip tetapi jalan yang diselenggara ibarat permukaan planet Marikh.. Dalam hati aku, aku masih mengharapkan agar pihak kerajaan tamatkan saja konsesi berkenaan kerana jelas pihak berkenaan hanya makan duit buta-buta sahaja...Penyelengaraan hanyalah sekadar melepaskan berak ditangga.

Sunday, June 15, 2008

Saranan buat peniaga sayur Melayu di Pasar Borong Selayang..

Sakit hati aku bila terbaca tentang peel pendatang Myanmar yang berlagak samseng terhadap rakyat Malaysia yang secara tidak sengaja telah terlanggar bakul sayur (yang telah di recycle) dalam Harian Metro berberapa hari lepas..

Telah lama rasanya masalah pendatang ini membelenggu negara Malaysia. Malah mereka juga telah berani berlagak samseng dan tidak pernah patuh pada undang-undang Malaysia. Berbalik kepada perkara diatas, aku mencadangkan agar peniaga-peniaga Melayu yang sah tidak membuang sayur-sayur yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah yang berdekatan. Sebaliknya ambil inisiatif membuang barang yang tidak habis dijual dan telah lupus jauh dari Pasar Borong Selayang. Ini adalah kerana pendatang Myanmar ini akan meyelongkar tong-tong sampah yang berdekatan dan akan menjual semula sayur-sayur berkenaan di kaki lima pasar tersebut.

Tindakan ini adalah wajar diambil bagi mengelakkan pengguna ditipu dan secara halusnya juga ia akan menyebabkan warga pendatang ini akan keputusan bekalan. Percayalah, walaupun kecil tindakan yang kita ambil namun sedikit sebanyak ianya akan memberikan kesan dan sekaligus ianya akan mengajar warga pendatang ini yang tidak pernah bersyukur terhadap layanan baik yang kita berikan.

Saturday, June 7, 2008

Tikus Oh Tikus !

Kisah ini aku cedok dari blog adik aku (senyumsokmohepi) untuk tatapan semua...Sebuah kisah yang boleh diambil iktibar kerana ianya realiti kepada sebuah kehidupan masa kini....

Tikus Oh Tikus !

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja di pasar. Ketika mereka membuka barang yang dibeli, seekor tikus memerhatikan dari jauh dengan teliti... "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar?"

Ternyata, salah satu yang dibeli oleh petani ini adalah perangkap tikus. Sang tikus terkejut bukan kepalang. Ia segera berlari menuju kandang dan berteriak " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia mendatangi ayam dan berteriak " ada perangkap tikus"

Sang Ayam berkata " Tuan Tikus, Aku turut bersedih, tapi itu tidak berpengaruh terhadap diriku"

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak.

Sang Kambing pun berkata " Aku turut bersimpati...tapi tidak ada apa yang boleh aku lakukan"

Tikus lalu menemui Sang Lembu. Ia mendapat jawapan yang sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Kumpulkanlah tikus-2 yang berpengalaman dan buatkan root cause analysis serta fikirkan way forward !”

Ia lalu lari ke hutan dan bertemu Ular. Sang ular berkata " Ahhh...Perangkap Tikus yang kecil tidak akan mencelakai aku"

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah mengetahui kalau ia akan menghadapi bahaya sendirian.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara keras perangkap tikusnya berbunyi menandakan telah mengambil mangsa. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang istri pemilik rumah. Walaupun sang Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, sang isteri terkena juga gigitan ular .

Sang suami harus membawa isterinya ke hospital namun sang isteri tetap mengalami demam.

Ia lalu minta dibuatkan sup ayam oleh suaminya. Suaminya dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuatkan sup.

Tetapi sakitnya tidak juga pulih. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.

Tetap saja isterinya tidak pulih juga dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak sekali orang datang pada saat pengkebumian . sehingga sang Petani harus menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang melawat.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.........


SO...JIKA SUATU HARI..KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG SEDANG DALAM KEADAAN SUSAH DAN MENGANGGAP ITU BUKAN URUSAN ANDA...FIKIRKANLAH SEKALI LAGI..

Friday, June 6, 2008

Resipi maut ‘ubat papan’


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menakutkan apabila pelbagai jenis ‘ubat papan’ dijual di pasaran tidak hanya dicampur steroid berlebihan, malah mengandungi kandungan cat jalan raya berplumbum, kimia pengilat lantai serta logam berat rencah sebagai resipi utamanya.

Ini berdasarkan ujian dilakukan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang mendapati ‘ubat papan’ terbabit langsung tidak mempunyai kandungan herba, akar kayu, pati ikan haruan serta ikan linang atau khasiat seperti dinyatakan pada bungkusan produk.

Kebanyakan ‘ubat papan’ terbabit yang kebanyakannya dijual di kedai runcit diedarkan secara haram oleh pengedar hantu yang sehingga kini gagal diberkas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berikutan kecekapan mereka menyembunyikan diri.

Berdasarkan tinjauan terbaru Bahagian Penguat Kuasa Farmasi terdapat lebih 25 jenis ‘ubat papan’ dijual berleluasa di pasaran dengan jenama terkenal ‘Kapsul Akar Kayu’, ‘Kapsul Ajaib’, ‘Cikungunya’, ‘Asam Urat’, ‘Herba Ikan Haruan Asli’, ‘Maajun Kuat’ dan ‘Pil Tupai Jantan Asli’.




Sumber Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan berkata, lambakan pelbagai jenis ‘ubat papan’ terbabit semakin serius berikutan mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk luar bandar selain pekerja asing yang kurang faham kandungannya.


Katanya, ini disebabkan ‘ubat papan’ bukan saja murah hingga ada RM1 sepeket, tetapi juga diseludup dari Indonesia.

Menurutnya, siasatan mendapati pengedar ‘ubat papan’ itu meletakkan alamat palsu pada bungkusan produk.

“Mereka yang sebelum ini meletakkan alamat palsu kilang di Kedah atau Perak kini mempamerkan alamat baru di Kota Kinabalu atau Ranau, Sabah. Ada antaranya menggunakan nombor pendaftaran palsu pada label produk.

“Agak sukar membongkar kegiatan sebenar sindiket ubat haram ini yang bergerak seperti gerila. Mereka biasanya meletakkan ubat haram terbabit di kedai atau restoran tanpa memberi resit atau nombor telefon syarikat untuk dihubungi,” katanya.

Sumber itu juga mendedahkan kandungan ‘ubat papan’ berkenaan lebih tertumpu kepada steroid yang boleh mempercepatkan pereputan tulang penggunanya.

Ia juga mengandungi ubat penahan sakit untuk memberi kesan kelegaan dalam tempoh sementara.

“Pemeriksaan makmal mendapati ubat maut itu turut dicampur bahan tidak munasabah seperti nikel, arsenik, serbuk batu-bata dan asid borik,” katanya.

Menurutnya, penemuan pelbagai bahan beracun itu mendedahkan pengguna terhadap penyakit berbahaya selain risiko mati mengejut.

“Pengeluar ubat papan itu mendakwa ia berupaya meningkatkan nafsu seks, menguatkan pinggang dan lutut, memulihkan kebas kaki dan tangan serta menghilangkan lesu badan.

“Bagaimanapun, ia hanya kesan sementara berikutan kandungan steroid sebelum pengguna ketagih untuk memakannya berulang kali,” kata sumber itu lagi.

Katanya, pengambilan steroid berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti muka bengkak, berat badan naik mendadak, tekanan darah meningkat, tumbesaran terbantut, tulang rapuh (osteoporosis) selain komplikasi pada mata seperti katarak dan glaukoma.

Bagi pengguna yang mempunyai penyakit lain, kesannya boleh membawa maut apabila bahan aktif dalam ubat palsu itu saling bertindak dengan ubat sebenar yang diambil.

“Pesakit juga mungkin mengalami pelbagai kesan sampingan seperti alahan, pendarahan dalam badan atau reaksi lain,” katanya.

Sumber itu berkata, pengguna yang ingin mengambil ubat sepatutnya memastikan produk mempunyai nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL.

Ubat bukan racun ditanda huruf ‘X’ di hujung nombor pendaftaran manakala ubat tradisional ‘T’, ubat terkawal ‘A’ dan kosmetik ‘K’.

Selain itu, semua produk mesti mempunyai label ‘Hologram Meditag’ yang disahkan Kementerian Kesihatan kecuali produk kosmetik dan produk penjagaan luaran iaitu antijerawat, antikelemumur, penjagaan mulut, perlindungan kulit dan antibakteria.

“Sikap pengguna yang terlalu taksub dengan ubat perangsang seks menyebabkan pelbagai jenama ubat haram sebegini terus muncul di pasaran,” katanya.

Peniaga yang menjual ubat mengandungi bahan dilarang boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau satu tahun penjara bagi individu.

Mengikut Akta Jualan Dadah 2000, individu boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 manakala pekilang denda maksimum RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama dan RM100,000 serta lima tahun penjara bagi kesalahan kedua.

Tiket bas naik RM5 hingga RM10


KUALA LUMPUR – Belum sempat tiga hari selepas pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel, kebanyakan syarikat bas ekspres sudah ‘pandai-pandai’ menaikkan harga tiket dari RM5 hingga RM10.

Tinjauan Kosmo! di Puduraya di sini dan Terminal Shahab Perdana di Alor Star, Kedah semalam mendapati ada pengusaha bas ekspres mengambil kesempatan memenaikkan harga tiket atas alasan kenaikan harga bahan api itu.

Malah tindakan mereka itu dianggap sudah mendahului keputusan persatuan dan tanpa restu agensi kerajaan terlibat.

Jualan harga tiket yang melebihi antara RM5 dan RM10 itu dikesan untuk ke destinasi tumpuan iaitu dari negeri utara ke Lembah Klang terutama Kuala Lumpur cukup merungsingkan pengguna.

Seperti contoh, harga tiket bas ekspres dari kedua-dua hala itu biasanya dijual RM30 dinaikkan sehingga RM40 tetapi ada sesetengah pengusaha yang menaikkan sebanyak RM35.

Seperti contoh, bagi destinasi dari Alor Star ke Kajang, Selangor yang dahulunya RM35 dinaikkan kepada RM40 yang mula dikuatkuasakan serta-merta semalam.

Bagaimanapun tiket bas ekspres yang tidak terlalu menjadi tumpuan pengguna seperti ke Johor Bahru tidak pula dinaikkan dan kekal pada harga lama iaitu RM55.

Seorang pegawai pemasaran, Anita Adlin, 28, memberitahu, dia terkejut apabila mengetahui harga tiket dari Alor Star ke Kuala Lumpur naik sampai RM10.

“Biasa RM30 saja, bila jurujual kata naik RM10, saya teragak-agak nak bayar, susah la macam ni kalau semua benda naik harga lepas harga minyak naik,” jelasnya.

Bagi seorang lagi pembeli, Rozlan Razlan, 30, harga tiket bas yang naik itu cukup membebankan memandangkan dia selalu berulang-alik dari Kedah ke ibu kota.

“Isteri saya tinggal di Kuala Lumpur, saya kerja di sini, kalau tiap-tiap minggu berulang-alik dengan harga tiket bas RM40 susahlah saya, harga barang naik, gaji tak naik,” ujarnya bekerja swasta.

Seorang jurujual tiket di terminal itu, Rizal Salleh, 25, mengaku, tambang bas ekspres naik sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Kalau tambang tak naik, kami akan rugi, setakat ini kami hanya naikkan tiket bagi laluan yang menjadi tumpuan seperti Kuala Lumpur sahaja,” jelasnya.

Bagi seorang lagi penjual tiket bas ekspres, Rahim Amar, 27, walaupun ramai pembeli merungut tetapi mereka tiada pilihan.

“Bas guna minyak, kalau harga minyak naik, tiket perlu naik untuk elak kerugian,” katanya.

Selain harga tiket bas ekspres, beberapa barangan lain juga mendapat tempias yang sama.

Di PAHANG, harga ayam sudah mula naik antara 20 hingga 40 sen.

Ayam standard dengan kepala, kaki dan hempedal, dijual RM6.20 hingga RM6.40 sekilogram melebihi RM6 bagi harga siling sebelum ini.

Di SEREMBAN, majoriti peniaga hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk menaikkan harga barang.

Rata-rata mereka beranggapan sekiranya menaikkan harga, mereka terpaksa mengikut rentak yang sama.

Di JOHOR BAHRU, harga barang basah di beberapa pasar di daerah ini dijangka naik mulai minggu depan.

Ia berdasarkan tinjauan Kosmo! semalam yang mendapati para peniaga mengeluh berikutan segelintir pembekal telah menguar-uarkan akan menaikkan harga barangan jualan mereka.

Peniaga daging di Pasar Larkin, Yousof Jantan, 54, berkata, harga daging terutamanya daging sejuk beku dijangka akan naik mulai minggu depan.

Kerabu Nipah Antioksidan




Rasanya enak dan ia mudah disediakan sama ada untuk dihidangkan kepada tetamu, keluarga mahu pun pada majlis kenduri kendara.


PENDUDUK Pulau Pantai Suri, yang terletak kira-kira 30 minit dengan menaiki bot dari Pengkalan Kok Majid, percaya memakan kerabu nipah yang merupakan makanan tradisional dari Tumpat, Kelantan ini mampu melambatkan proses penuaan.

Jika sebelum ini, Kelantan terkenal dengan nasi kerabu, namun kemunculan kerabu nipah yang tidak asing dalam kalangan penduduk Pulau Suri mempunyai tarikan yang tersendiri.

Diperbuat daripada ramuan utama buah nipah muda yang mudah didapati di pesisiran pantai, ia memang senang disediakan untuk makanan seisi keluarga, tetamu dan pengunjung.

Kerabu nipah dipercayai mengandungi antioksidan yang dapat melambatkan proses penuaan.

"Makan kerabu nipah boleh awet muda. Sebab itu, saya tidak nampak seperti usia sebenar," seloroh salah seorang penduduk Kampung Pantai Suri, Roselidar Mohd Zali, 28, yang mempunyai wajah keanak-anakan.

Resipi kerabu nipah yang sudah wujud lebih dua dekad ini sangat sedap dimakan beramai-ramai.

Kerabu nipah selalunya dihidangkan pada majlis kenduri kahwin di Kelantan. Penyediaan yang ringkas dan kelazatannya membuatkan ia menjadi makanan mesti di Pantai Suri.

"Paling lama penyediaannya mengambil masa 15 minit sahaja. Kerabu nipah dicampur dengan air lada hitam untuk menjadikannya lebih menyelerakan," kata Zainab Mamat, 48.

Menurutnya, buah nipah akan dilenyek sehingga hancur untuk digaul bersama ulam dan bahan-bahan yang sudah diricih seperti ikan air tawar, kerisik, air asam limau serta santan.

"Sebelum kerabu nipah siap digaul bersama bahan-bahan lain, rasanya akan sedikit kelat kerana tidak cukup perasa," katanya.

"Apabila ada kenduri kahwin, tempahan awal nipah akan dibuat kepada pembekal," kata pula Faridah Yusof, 42.

Penyediaan kerabu nipah pada kenduri kahwin akan dibuat dalam kuantiti yang banyak atau berganda mengikut jumlah jemputan.

"Selalunya warga emas akan menyediakannya. Kami akan buat beramai-ramai," katanya.

Kerabu nipah mampu menyaingi kelazatan makanan tradisional lain yang terdapat di Kelantan seperti tahi itik, buah tanjong, akok, jala mas dan lompat tikam.

"Di sini, tidak sah kalau makan siang atau malam tanpa kerabu nipah. Ia seolah-olah perkara wajib yang mesti ada pada setiap pembuka selera," kata Rosmira Mohd Zali, 23.

Keunikan kerabu nipah ini mampu menarik lebih ramai pelancong.

"Kerabu nipah jarang terdapat di homestay-homestay lain. Selalunya penduduk yang tinggal di pulau-pulau saja yang akan membuatnya.

"Ini kerana pokok nipah yang tumbuh meliar di pesisiran pantai digunakan sepenuhnya oleh penduduk kampung untuk membuat sesuatu yang baru," kata seorang penduduk, Mohd Zali Deris, 50.

Sementara itu, Ketua Kampung Pantai Suri, Osman Ibrahim berkata, Pantai Suri merupakan sebuah perkampungan yang masih berpegang teguh kepada agama, adat dan seni budaya asli.

Sementara itu, pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakan oleh pelancong yang datang di homestay Kampung Pantai Suri ini ialah suasana kampung dan keramahan penduduknya.

"Ketenangan dapat dirasai di sini," luah Nazlia Iqbal, 23, dari Kuala Lumpur.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan telah menguar-uarkan pengisian program pelancongan di negeri itu sepanjang tahun, bersempena dengan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008.

Antaranya ialah pameran 100 jenis produk berasaskan kelapa dan persembahan tradisional kebudayaan Kelantan di Pantai Cahaya Bulan baru-baru ini.

Bulan Citrawarna Aneka Warna, Pesta Joran, Pesta Wau dan banyak lagi aktiviti akan dijalankan seperti yang tercatat dalam kalendar acara negeri Kelantan.

Maklumat lanjut mengenai program Tahun Melawat Kelantan, bolehlah layari www.tic.kelantan.gov.my atau talian 09-748 5534/748 3543. - Bernama

Bertumbuk pasal petrol naik


KUANTAN - Gara-gara sindir menyindir semasa berbual mengenai isu kenaikan harga minyak, seorang lelaki Orang Asli disimbah minuman panas dan ditumbuk mukanya oleh rakannya di Bukit Ibam, Rompin petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Supritendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berumur 37 tahun sedang minum dengan beberapa rakannya.

Katanya, mangsa kemudian didatangi suspek berumur 43 tahun bersama isteri dan memesan minuman panas untuk minum bersama sebelum memulakan perbualan mengenai kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan.

Semasa berbual, katanya, suspek berpendapat kemungkinan harga makanan akan turut naik selepas kenaikan harga minyak dan kemudian menyindir mangsa dengan berkata, "Orang Asli makan ubi kayu pun tak mengapa."

Menurutnya, mangsa yang tersinggung kemudiannya membalas sindiran itu dengan berkata, "Orang itu (suspek) pun peluk orang yang makan ubi kayu (isteri suspek adalah Orang Asli) juga tiap malam."

"Marah dengan sindiran mangsa, suspek kemudian bertindak menyimbah minuman panas dan menumbuk muka mangsa sehingga cedera di bibir," katanya ketika dihubungi semalam.