Hari ini, aku tertarik dengan satu kata-kata semasa minum selepas kembali dari solat Jumaat... Lebih kurang begini bunyinya...
"Aku tidak akan mengeluh jika rezekiku diambil oleh orang lain, kerana aku yakin rezekiku telah ditetapkan oleh-NYA... Aku juga tidak akan mengeluh jika amalan baktiku tidak dinilai oleh sesiapa, kerana aku yakin akan penilaian oleh-NYA"Kata-kata ini amat sesuai direnungi semasa kita berasa kecewa sekiranya apa yang kita idamkan (biasanya di alam pekerjaan), tidak menjadi kenyataan. Semestinya ada rahmat yang tersembunyi. Fikir-fikirkanlah!
1 comment:
Lan, sangat mendalam maksud kata-kata hikmat tadi..Terima kasih..dapat juga kawe ambik sebagai azimat hidup. Harap dapat tulis banyak lagi kata-kata seperti ini untuk dikongsi bersama.
Post a Comment