SALAM IKHLAS PENUH UKHWAH!



Saturday, May 31, 2008

Aksi ketika Piala Pan-Malaysia 2007






















Ini adalah antara snapshot yang dibuat oleh isteriku... Gambar ketika separuh masa pertama semasa menentang team dari selatan (Johor). Perlawanan agak sengit dimana akhirnya keputusan berpihak kepada team aku... Bravo kerana berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-2. Hehehe....

Piala Pan - Malaysia 2007


Gambar ini dirakamkan ketika mewakili KL ke Kejohanan Hoki Piala Pan-Malaysia 2007 di Seremban. Pasukan Hoki KL telah mengekalkan kejuaraan buat kali ke-2 berturut-turut. Gambar menunjukkan aku sedang membuat set-piece ketika satu serangan balas ke kubu pasukan Johor.

Friday, May 30, 2008

Sessi Bergambar Di Rumah Mok Nah...


Berikut adalah gambar kenangan di rumah Mak Saudara (Mok Nah) di Kg. Sat, Tanah Merah, Kelantan semasa Hari Raya Aidilfitri. Gambar teratas menunjukkan Abe (baju belang) sedang berposing disisi Fatim dan juga Shiela.






Gambar ditengah menunjukkan sessi berkecek berlangsung sambil menjamah ketupat dan rendang. Kelihatan Rizal (adik ipar) sedang menterjemah bahasa kelate semasa sessi berkecek ini berlangsung.







Gambar ke-3 menunjukkan abe dan adik (kembar) diapit oleh Poksu Mie dan Pok Li (My Daddy)... Melihatkan kepada dua kembar ini, amat sukar untuk mengetahui yang mana satu abang dan mana satu si adik.... Hehehehe...










Merpati Dua Sejoli


Hahaha....Ini adalah gambar adik ku yang kini sedang menjadi guru di Kemaman bersama dengan husband beliau (Rizal) ... Lebih dikenali sebagai Mok Nik dikalangan anak-anak saudara dan merupakan seorang perancang kewangan yang baik... Hobi suka melancong dan juga berniaga.... Merupakan "money lender" yang baik kerana mengamalkan konsep Al-Bait'Bithaman Ajil bila meminjamkan wang kepada adik beradik...

p/s: Mok Nik, pinjam 100k untuk buat beli Apartment.... Hehehe....

Cucu Sulong Tok Ma & Tok Ayoh...


Hai ! Nama saya Nur Dalila Wahida... Anak saudara kepada Ayah Ngoh... Hehehe... Umur saya 5 tahun... Anak kepada Abi dan Umi.... Saya suka balik kelate sebab saya ada Tok Ma, Tok Ayoh, Tok Mek, Pakdo, Pokteh dan Su Ya di sana...

Thursday, May 29, 2008

Nur Khadija Qaisara

Tanggal 20.12.2007, lahirnya seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupanku. Lahir sebagai bayi pra-matang kerana disebabkan tekanan darah tinggi yang dihidapi oleh Mama nya.

Dinamakan sebagai Nur Khadija Qaisara yang bermaksud "Cahaya Permaisuri Khadijah" bagi mengingati isteri Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W iaitu Siti Khadijah. Mula menunjukkan reaksi dengan alam sekeliling seawal usia beliau 7 hari dan merupakan seorang bayi yang aktif dan baik.

Pengalaman semasa menyambut kelahiran beliau merupakan antara detik yang mendebarkan kerana Mama beliau telah dipantau oleh pakar di HTAR (semasa Hari Raya Aidiladha) dan kemungkinan-kemungkinan yang dijelaskan oleh doktor tersebut amat mendebarkan perasaanku.

Alhamdulillah, tepat jam 8.32 mlm, anakku ini telah selamat dilahirkan oleh Mama beliau melalui kaedah Caesarian dan Mama beliau juga telah selamat dan dikeluarkan dari bilik bedah pada pukul 11.45 mlm. Ternyata, pengalaman ini telah mengajar aku betapa mengapa sukarnya seseorang ibu atau bapa untuk memukul anak-anak mereka walaupun anak mereka bersikap kurang ajar terhadap ibu bapanya. Semoga Nur Khadija Qaisara akan mendapat rahmat dan diberkati oleh Allah S.W.T - Amin

Wednesday, May 28, 2008

Bersama Adik -Adik



Gambar bersama adik beradik semasa di Hari Raya Aidilfitri pada 24.10.2006. Dari kanan: Mohammad Ridhuan (Iwan), Maizatul Mastura (McYa) dan Nurul Hafizah (Cikjah).

Outdoor Activities

Gambar ini telah diambil pada 11.06.2007 di Dusun Eco Resort semasa mengikuti program Team Building yang telah dianjurkan oleh pihak majikan. Selama berberapa hari berada didalam hutan dan mengikuti pertandingan jungle trackking, pasukan "Alive" telah mendapat tempat ke-2 dan hampir-hampir dapat memintas pasukan yang ditempat pertama secara keseluruhan.

Pertarungan yang sengit antara enam pasukan telah memaksa Grup Alive yang kebanyakannya dibarisi oleh tenaga muda, bertarung sengit semasa aktiviti jungle traccking ini. Alhamdulillah, pengalaman menganggotai pasukan Askar Wataniah banyak membantu semasa mengatur strategi permainan dan pasukan Alive telah menjadi pemenang dengan meninggalkan pasukan lain hampir 1 jam setengah dibelakang. Forza.....AaaaaaaaLive!


Hari Yang Teristimewa!

26.10.2006 - Tarikh yang paling bermakna kerana pada hari tersebut, Noorzira binti Jusoh telah sah menjadi isteriku. Perkenalan selama hampir setengah tahun telah membuatkan kami saling jatuh cinta dan berjanji untuk sehidup semati.

Isteriku yang merupakan anak bongsu merupakan satu tanggungjawab dan anugerah yang tidak ternilai buatku oleh Allah S.W.T. Amat menyenangi hatiku dan sentiasa disisiku semasa susah dan senang. Hasratku hanya satu iaitu ingin membahagiakannya dan anakku yang tersayang - Nur Khadija Qaisara yang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T pada 20.12.2007 iaitu tepat pada Hari Raya Aidiladha.

Kenangan Di Langkawi

Gambar ini diambil semasa kami berbulan madu di pekan Langkawi, Kedah. Banyak kenangan manis semasa di Langkawi.

Tidak terkecuali juga, pengalaman kami menyewa kereta kancil yang selalu membuat ragam semasa berada di Langkawi.

Walaubagaimanapun, peristiwa terpaksa keluar dari bilik resort adalah antara yang paling memberikan kesan. Semuanya adalah kerana tidak teringat bahawa bilik resort perlu dibooking dahulu kerana terlalu ramai pengunjung ke Langkawi pada masa tersebut.